Pengikut

Jumaat, 8 Ogos 2014

USRAH - Cinta Islamik?

Dalam usrah membincangkan tentang Sejauh Mana Cinta Islamik? Apa yang anda tahu tentang Cinta Islamik?
Aku mampu menjawab Cinta Islamik seperti tidak berdua-duaan, tidak mesej dengan pasangan, dan mungkin tidak keluar bersama dengan pasangan.
Bagaimana pula dengan mengingati pasangan dan membayangkan wajah si dia?
Erggg..aku hanya mampu tunduk.
Macam ni akhi, ini pendapat ana dalam bab ini. Ana rasa tiada istilah Cinta Islamik bagi ana. Ye, antum mungkin berjaya lawan tidak berjumpa si dia, tidak bersama pasangan dan seumpama tetapi soal hati nak tak nak antum akan ingat dia. Kalau ada gambar pasti antum tengok gambar si dia. Maka antum sudah berjinak-jinak ke arah zina. Ingat ayat Allah:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
[Surat Al-Isra : 32]

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Jika anta ingat wajah si dia, bukankah itu salah satu perkara yang boleh menghampiri zina? Maka itu bukan dinamakan Cinta Islamik. Kalau nak ikut cara Islamik, terus taqdim si dia jika sudah betul-betul suka dan khitbah si dia jika cukup syarat dan nikah si dia jika sudah rasa mampu memegang tanggungjawab. Ana harap anta mampu berfikir kehadapan dalam soal ini dan ana bagitahu semua ini sebab ana sayang antum kerana Allah.
Aku terus muhasabah dalam setiap perkara yang telah aku lakukan. Syukran atas peringatan akhi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan